Laporan SSKP: Maklumbalas Pelanggan
Kajian mengenai Maklum Balas Pelanggan telah dijalankan oleh Dr. Malar a/p Muthiah Ketua Unit Penilaian Program, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPGKSAH terhadap guru-guru baharu program PISMP dan KPLI yang telah ditempatkan mulai 1 Januari 2012 di seluruh Malaysia. Ia bertujuan menilai kualiti produk latihan guru IPGKSAH dari persepsi guru besar/ GPK dan ketua panatia yang merangkumi 4 domain utama iaitu:
- Kualiti guru permulaan
- P&P bilik darjah.
- Pengurusan ko kurikulum
- Pengurusan tugas di sekolah.
Bersama-sama ini dilampirkan ringkasan hasil kajian berkenaan untuk tuan/puan ketua-ketua jabatan akademik merancangkan tindakan-tindakan penambahbaikan dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak sekolah dan juga memenuhi Prosedur Kualiti Umum Pengurusan Maklum Balas Pelanggan IPGM-PPK-PUP-04.