Kepuasan Pelanggan

PENYELARAS FUNGSI

Malar a/p Muthiah, PhD

Peranan Fungsi:

  • Merancang dan menjalankan kajian maklumbalas kepuasan pelanggan mengikut Prosedur Kualiti IPG KPM-PPK-PUP04 dan instrumen LAM-PUP04-05 bagi keperluan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
  • Menyediakan soal selidik kepuasan pelanggan LAM-PUP05-04 yang akan dilengkapkan oleh pengurus sekolah.
  • Menghantar soal selidik kepuasan pelanggan LAM-PUP05-04 kepada guru permulaan dengan bilangan sampel berdasarkan Jadual Krejcie & Morgan (1970) dan tahap keyakinan 95 %. Guru permulaan akan menyerahkan soal selidik kepuasan pelanggan kepada pengurus sekolah.
  • Memastikan guru permulaan menyerahkan soal selidik kepuasan pelanggan kepada pengurus sekolah.
  • Menyerahkan soal selidik Borang Persepsi Pelanggan LAM-PUP04-06 kepada pihak sekolah.
  • Mendapatkan soal selidik yang telah dijawab oleh pelanggan pada hujung bulan keenam selepas melapor diri.
  • Menganalisis soal selidik yang telah dikumpulkan.
  • Menyediakan laporan mengikut format LAM-PUP04-08 dan membentangkannya dalam JKMP/MPPP.
  • Menghantar laporan kepada KPP PPPI.