Pengenalan

  • Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) IPG Kampus Sultan Abdul Halim mengendalikan kursus-kursus berkaitan penyelidikan kepada pensyarah, guru pelatih dan guru-guru terlatih di bawah program KPKI di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Selain menyediakan khidmat nasihat dan rundingan kepada pensyarah yang ingin menyambung pelajaran, JPIPK juga bertanggungjawab menjalankan kajian untuk menilai program-program yang telah dilaksanakan. Selain itu, JPIPK juga bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengurus sebarang aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat institut, zon dan kebangsaan, serta mencalonkan peserta dan pembentang kertas kerja untuk menghadiri seminar, persidangan atau bengkel penyelidikan yang diadakan oleh institusi pendidikan yang lain.

 

Visi dan Misi

  • VISI: Menterjemahkan budaya penyelidikan sebagai salah satu budaya kerja profesional pendidik guru di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
  • MISI: Merancang, menyelaras dan mengurus penyelidikan dan inovasi, serta membangunkan profesionalisme keguruan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

 

Peranan JPIPK

  • Menyelaraskan aktiviti penyelidikan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut keperluan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Menggerak, menyelaras dan memantau semua aktiviti penyelidikan pendidikan peringkat jabatan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
  • Merancang, menyelaras, menggerak dan mengurus seminar penyelidikan pendidikan peringkat jabatan di IPG, daerah atau zon mengikut keperluan.
  • Merancang dan melaksanakan bengkel kesarjanaan penyelidikan untuk pensyarah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
  • Menyelaras dan menerbitkan hasil penulisan pensyarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim dalam Jurnal Penyelidikan Khazanah.
  • Menjalankan kajian maklumbalas kepuasan pelanggan mengikut Prosedur Kualiti IPG KPM-PPK-PUP 04 dan instrumen LAM-PUP04-05 bagi keperluan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
  • Merancang dan mengendalikan kursus peningkatan profesionalisme pensyarah dalam bidang penyelidikan pendidikan sama ada secara dalaman atau kolaborasi dengan pihak luar.
  • Merancang dan menjalankan kajian untuk mendapatkan maklum balas pelanggan terhadap program-program yang dilaksanakan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan menggunakan instrumen LAM-PUP04-06.
  • Merancang, menyelaras dan menggerakkan inovasi peringkat jabatan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
  • Mendokumentasikan semua aktiviti Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesional Keguruan untuk dibentangkan dalam Laporan Tahunan Jabatan.